sila tinggalkan link anda disini..10q :)))

Friday, January 8, 2010

sabar je la...

hurm..sabar n marah..aku rse 2-2 sifat ni aku ade..marah2 ni bknnye elok sbnrnye sbb sifat syaitan kn..hurm..so kite kene la slalu besabar dr ape2 perspektif pun sbb tu adalah ujian drpd allah..Sabar dan marah sbnrnye adalah 2 sifat bertentangan. Bezanya ialah, tahap kesabaran dan kemarahan itu secara tidak langsung menggambarkan peribadi kita sndri. Dlm Islam, sabar ialah menahan diri dan membawanya kepada tuntutan syarak dan akal sebagai suatu kekuatan jiwa untuk menunaikan kewajiban serta menghindarkan kite melakukan perkara yang dilarangNya. Jadi sabar ialah suatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. Hurm..Maknanye sabar ni adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesabaran kita ni biasanya diuji apabila kita ditimpa kesusahan mcm sakit, xcident ke,kematianke atau ape2 je la.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami akan menguji kamu sekalian dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanam-tanaman. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar iaitu ketika mereka ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.' Mereka orang yang mendapat kurnia , kehormatan dan rahmat Tuhan dan merekalah orang yang mendapat hidayah." (Surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Allah menguji kite dgn pelbagai jenis ujian. Mungkin sewaktu kita mewah dan senang dan mungkin juga sewaktu melarat atau susah.Ujian berbentuk penderitaan hidup biasanya diatasi sendiri oleh manusia. Sebaliknya, ujian berbentuk kesenangan dan kemewahan jarang dihadapi dengan sabar dan tabah. Ada org mudah lupa daratan bila da dpt harta dan pangkat sehingga lupa untuk terus berbakti sesama manusia. Dalam hal yg mcm ni sbnrnye, org tu kaya harta tetapi miskin jiwa dan rohaninya. Mental dan moralnya juga tidak bernilai kerana mrk seolah-olah lupa siapa yang menjadikan mrk kaya dan hidup mewah..hurm..x elok tau mcm ni..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam al-Quran, surah Al-i Imran, ayat 200, Allah berfirman yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman, bersabarlah dan perkuatkanlah kesabaran di antara sesama kamu, dan bersedialah kamu, serta bertakwalah kepada Allah, agar kamu sekalian memperolehi kemenangan."

Sifat marah ni bukan Allah je yang suke, tp kita sndri pun sesama manusia x selesat btl x?? Cuba kalo kita tgk org yg marah mcm mane keadaan dia..muka dia teruk, kdg2 mata merah..eee tktnye..So kalo nk marah tu sentiasa la kita mengingati kebesaran dan keagungan Allah, nescaya akan redup api kemarahannnya n automatically akn menyebabkan tindakan kita kembali normal...

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Jagalah diri kamu daipada perbuatan marah. Sesungguhnya marah itu laksana bara api yang menyala di hati bani Adam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

" Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
" Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ."

" Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: " Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjwab:

" Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk dengan syaitan," jawab Baginda.

Rasulullah kemudian bersabda:

"Allah akan memuliakan hambaNya ketika dianiaya, lalu memberikannya kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Abu Said al-Khurdi pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia baring."

Abu Hurairah al-Bahili pula meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda:

"Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan isi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So bg sesape yg panas baran tu, suke marah2..bwk2 la sabar slalu ye...jadikanlah sifat sabar ini sebagai pakaian kita sehari-hari, nescaya hidup kita akan selamat di dunia mahu pun di akhirat nanti. Insyaallah...


3 comments:

Unknown said...

aha.......
m impress wif ur tis article....
i hope tht u do continue ur writing in tis way.....
yes u r rite we need to b patient.....
tis is d best way 4 us to gain a gr8 guns of life.....as we knw tht ALLAH S.W.T. aswell Rasulullah S.A.W doest like human being wif angry attitude...
thus, if we do hv tis attitude hope tht we could change towards + words.....

jue said...

if i hv a gud idea i vl keep writng la my dear..
u oso hv to give ur briliant idea 2 me thn vl write it..yala..hpefully we oso could change and walk in rght path..insyaallah..

I'm Just Who I am.. said...

terkesima sejenak melihat kepetahan empunya blog melontarkan buah fikiranya..:)